Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Bukan Orang Biasa, Mic On 3 Tampilkan Selebriti Popular Serlahkan Bakat Nyanyian Dan Lawak

15/05/2023
Abang Deeby Abang Dee
in Extra, TV Show
Bukan Orang Biasa, Mic On 3 Tampilkan Selebriti Popular Serlahkan Bakat Nyanyian Dan Lawak

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Bagi mengukuhkan kedudukan sebagai pembekal kandungan hiburan utama di Malaysia, saluran stesen televisyen swasta percuma (free-to-air) Awesome TV melakar inisiatif baharu menerusi penganjuran pertandingan ‘Mic On Selebriti’ yang menggabungkan elemen nyanyian dan komedi bagi merebut gelaran juara sekaligus memenangi hadiah bernilai sehingga RM250,000.

Program ‘Mic On Selebriti’ bakal bersiaran selama 10 minggu pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam mulai 20 Mei 2023 secara eksklusif di platform Astro 123 dan MyTV 112

Mengulas lanjut mengenai pertandingan realiti ‘Mic On Selebriti’, Datin Ezzan Zali akui, pihaknya akur dengan permintaan audiens yang sentiasa mahukan pembaharuan.

“Kini, kami bawakan pula program ‘Mic On Selebriti’ yang merupakan sebuah lagi testimoni saluran ini dalam menawarkan program-program hiburan beraneka format khusus untuk tontonan ramai,” katanya.

Program pencarian bakat ‘Mic On’ yang mula diperkenalkan pada tahun 2021 dengan misi utama mencungkil pelapis penghibur baharu versatil. Setelah dua musim bersiaran, format asal ‘Mic On’ disuntik dengan pembaharuan segar untuk kekal relevan sekaligus meningkatkan kredibiliti dan daya tarikan yang lebih besar terhadap program tersebut.

Unit Kandungan Awesome TV berkata, Penganjuran edisi yang terbaharu bakal menyaksikan pertembungan sengit barisan pelakon popular tanah air yang akan memperlihatkan bakat terpendam dalam bidang nyanyian serta sisi komedi dalam diri mereka. Kami percaya kesemua mereka mampu menyahut cabaran ini sekaligus memanfaatkan platfrom yang telah disediakan bagi mengembangkan bakat yang ada untuk menembusi bidang nyanyian pula.

Black Hanifah, Hazama dan Aepul Roza telah diberi mandat selaku pengurus yang akan memberi idea, tunjuk ajar dan bimbingan kepada empat orang selebriti di bawah naungan mereka.

Kami juga berharap semoga penganjuran ‘Mic On Selebriti’ mampu melonjakkan jenama dan karier seni para peserta ke peringkat yang lebih tinggi sekaligus bertahan lama dalam bidang hiburan yang kompetitif dan serba mencabar ini.

Selain itu, kami juga amat berbesar hati di atas kesudian kesemua selebriti yang terlibat dengan program ‘Mic On Selebriti’ musim ini. Kepercayaan dan komitmen mereka amat dihargai dan kami pasti edisi ini akan lebih meriah dengan kehadiran mereka.”

Program ‘Mic On Selebriti’ bakal dikendalikan sepenuhnya oleh Shiha Zikir dan Jaa Suzuran yang telah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai hos musim ini.

Hos Mic On Selebriti musim ini.

12 barisan pelakon popular yang akan berentap di pentas utama ‘Mic On Selebriti’ untuk membuktikan bakat dan kebolehan masing-masing dalam bidang nyanyian pula adalah terdiri daripada 7 peserta lelaki iaitu Zul Huzaimy, Fauzi Nawawi, Johan As’ari, Namie, Chiwan, Ammar dan Anas Ridzuan.

Manakala 5 peserta wanita pula termasuklah Sherry Ibrahim, Mona Allen, Elly Arifin, Afifah Nasir dan Amyza Aznan. Kesemua mereka akan dibahagikan kepada tiga buah kumpulan dan diletakkan di bawah pengawasan manager yang telah dilantik sepanjang pertandingan berlangsung.

Barisan Selebriti Mic On.

Manakala 3 penyanyi terkenal tanahair iaitu Black Hanifah, Hazama dan Aepul Roza telah diberi mandat selaku pengurus yang akan memberi idea, tunjuk ajar dan bimbingan kepada empat orang selebriti di bawah naungan mereka.

Bagi merancakkan lagi cabaran program ini, kesemua manager juga akan diberi tugasan mingguan yang perlu dinilai oleh barisan juri. Manager yang berjaya merangkul persembahan terbaik setiap minggu akan menerima ganjaran istimewa.

Barisan juri Mic On musim ini.

Sistem pemarkahan program ‘Mic On Selebriti’ pula akan diadili 100% oleh pihak juri tetap berdasarkan tiga komponen utama penilaian iaitu aspek vokal yang mewakili 50%, persembahan sebanyak 30% dan 20% lagi untuk kreativiti.

Uniknya, markah selebriti yang tertinggi akan dicampurkan dengan markah selebriti terendah. Kumpulan yang mencatat markah keseluruhan terendah akan mara ke pusingan penyingkiran. Selebriti yang akan tersingkir pada setiap minggu akan dipilih oleh manager kumpulan itu sendiri.

Tiga nama besar yang dilantik sebagai juri tetap program ‘Mic On Selebriti’ ialah Hashridz Murshim atau lebih dikenali dengan nama Dato’ Acis yang bertindak sebagai pengarah muzik, Dato’ Aaron Aziz serta Erra Fazira. – BOOM!

Previous Post

Dituduh Persenda Agama Kerana Konsert Coldplay, Baby Shima Jawab PU Syed

Next Post

Delimawati Diuji Lagi, Selepas Hilang Anak Lelaki Tahun Lalu, Anak Perempuan Pula Meninggal Dunia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Crowds Flock To Tauke Jambu’s RM1 Pancake Stall

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Katy Perry Announces She’s Dating Justin Trudeau

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • ‘The Brutalist’ Actor Admits He’s More Selective After Winning An Oscar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “She’s Beautiful” – Identity Of Kim Jong-kook’s Fiancée Revealed?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Past Controversy, Cho Jin-woong Announces Retirement

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Accused Of Changing Religion, Daiyan Urges Reporting Of Fake Account

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Antagonis Lelaki Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Baru Wanita Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Hurt by Kanye’s Paris Robbery Accusation

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Newspaper Notice Fails, Raja Azura’s Ex-Husband Still Untraceable

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Announces Wedding this December 12 With Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • G-Dragon Criticised After 2025 MAMA Awards Performance

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Eight-Year Wait Ends, Indah Ruhaila Expecting First Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Admits He Hasn’t Spoken To Sharif Zero For Two Years

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Miley Cyrus Engaged To Maxx Morando

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sarah Suhairi Rejects Skin-Brightening Treatment Offers

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Missing from The Entertainment Radar, Juliana Banos Chooses Family

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Grateful As Wedding Preparations With Childhood Neighbour Progress Smoothly

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Urges Public To Stop Supporting Chinese Fashion Brands

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Juliana Banos Appears At GenKRU The Finale For Her Children

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Shares Funny Moments As The ‘Mother Of The Bride’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dafi Reveals He Was A Victim Of Body Shaming Until It Brought Him To Tears

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Open To Attending Ex-Husband’s Wedding

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd