Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Tidak Rela Bermadu Dengan Sahabat Baik Anak Sendiri, Isteri ND Lala Fail Permohonan Cerai

03/04/2023
Abang Deeby Abang Dee
in Extra
Tidak Rela Bermadu Dengan Sahabat Baik Anak Sendiri, Isteri ND Lala Fail Permohonan Cerai

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Isteri pelakon dan penyanyi era 1980-an, ND Lala iaitu Fauziah Sarman hadir di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, di sini, hari ini kerana mahu memfailkan perceraian.

Fauziah ketika ditemui dan ditanya mengenai dakwaan suaminya bernikah lagi satu dengan wanita dikenali Siti Munirah Abd Ghani seperti dikongsikan di Instagram berkata, dia tidak tahu bila ia berlaku.

“Tak tahu. Lebih baik tanya pada abang ND sendiri. Dia yang tahu,” katanya kepada Harian Metro.

Sebelum itu, Fauziah hadir di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, Seksyen 16, di sini, bersama adik perempuannya, Effi bagi urusan berkenaan, namun diminta ke mahkamah untuk berbuat demikian.

Kelmarin dan hari ini, Fauziah memuat naik gambar wanita terbabit dengan meletakkan keterangan gambar wanita itu adalah isteri suaminya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fauziah Sarman (@mamazie68)

Bagaimanapun, ketika ditanya mengapa dia berbuat begitu, Fauziah menjawab tidak tahu.

“Entahlah, tak boleh nak cakap,” katanya dalam nada sebak dan mengesat air mata.

BACA: Isteri ND Lala Dedah Identiti Wanita Didakwa Rampas Suaminya – “Penyondol, Siti Munirah…”

Sementara itu, Effi yang menemaninya berkata, bukan mudah untuk kakaknya membuat keputusan permohonan cerai itu memandangkan usia perkahwinan yang sudah lama dibina dan rasa sayang di hati.

“Usia perkahwinan mereka 34 tahun. Sayang mesti sayang dengan rumah tangga yang dah lama. Tapi, itulah keadaan mungkin, kita tak tahu kan macam mana. Doakan yang baik-baik saja.

“Saya dan kakak ada di sini hari ini secara tiba-tiba. Kakak saya pun sebenarnya berat nak buat keputusan macam ini. Tapi, itulah hati perempuan kan?,” katanya.

Fauziah yang hadir mengenakan jubah berwarna hijau gelap kelihatan sugul, namun tetap tersenyum dan lebih banyak berdiam diri.

Terdahulu, Fauziah mendedahkan wajah wanita bernama Siti Munirah Abd Ghani dengan keterangan gambar ditulis ‘penyondol’ di Instagram miliknya

Fauziah ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bangi, pagi tadi.

Pada hantaran sama yang dikemas kini semula hari ini, dia memuat naik foto wanita terbabit dengan keterangan gambar ditulis, ‘Isteri Dato’ ND Lala…Datin Siti Munirah Abd Ghani’.

Hantaran itu sekali gus mengesahkan spekulasi mengenai ND Lala bernikah lagi satu selama ini.

Sebelum ini, bapa kepada penyanyi popular, Shila Amzah itu dikaitkan dengan dakwaan kononnya berkahwin baharu dengan wanita yang jauh lebih muda daripada isterinya.

Difahamkan Siti Munirah bukanlah asing dengan keluarga Fauziah dan ND Lala kerana dia adalah rakan sekolah Shila.

BACA: Penyondol Dalam Rumah Tangga ND Lala Rupa-rupanya Sahabat Sekolah Menengah Shila Amzah?

Mereka sama-sama pernah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah, di sini, dan Siti Munirah sering berkunjung ke rumah mereka untuk majlis-majlis tertentu terutama keluarga.

Malah, Shila pernah memuat naik hantaran di Instagram sedang mencari Siti Munirah, baru-baru ini. Ia dipercayai berhubung mengenai spekulasi terbabit. – BOOM!

Sumber: HARIAN METRO

Previous Post

Walau Alami Alahan Teruk, Emma Maembong Bersyukur Dapat Puasa Penuh

Next Post

Hos Dan Pelawak Solo, Hilmy Ashley Sempat Minta Nasihat Shuk Sebelum Cerai Isteri Bosnia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Adam Sandler Speaks Out On Story About Daughter Being Humiliated Involving Fake Chanel

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ameera Khan Desires A Wealthy Man Who Can Guide Her

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIGBANG Set To Make A Comeback In Conjunction With Their 20th Anniversary

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • HBO Max’s Harry Potter Adaptation Series Expected To Become A Phenomenon

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zara Zya Clarifies Zarina Former Fiancé Is Only A Work Colleague

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • The Danger Of Exploiting Religion: Erma Fatima Uses Walid As A Warning

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “No Need To Be So Disappointed…” – Video With Zarina Anjoulie Sparks Talk, Daddy Ash Speaks Out

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Viners Malaysia Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Antagonis Lelaki Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayesha Khan Claims To Be A Victim Of AI Manipulation

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam Sandler Speaks Out On Story About Daughter Being Humiliated Involving Fake Chanel

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Australian Activist Raises Funds To ‘Move Into’ Billie Eilish Home

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mexican TV Station Insults BTS, ARMY Defends Themselves

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Suddenly Loses Interest, Sparks Fans Concern

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 17 Cannon Salutes Fired To Mark The Birth Of Prince Mateen Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Magika Ice Cream, Collaboration Between Kruniverse And SD Guthrie Berhad

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Suffers Rib Fracture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Shares Challenges Of Raising Children After Divorce

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Safely Gives Birth To Third Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Invites Mia Sara To Confront And Resolve The Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Defends Victoria Amid ‘Nepo Baby’ Claims Involving Brooklyn Heat Up

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Defends Her Stepfather

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Conviction Upheld, Sentenced To 10 Years’ Imprisonment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd