Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

[V] Akhirnya Syamsul Yusof Akui Sudah Nikahi Ira Kazar – “Puteri Sarah Masih Lagi Isteri Saya”

06/01/2023
Fiza Kamarudinby Fiza Kamarudin
in Celebrity, Exposé
[V] Akhirnya Syamsul Yusof Akui Sudah Nikahi Ira Kazar – “Puteri Sarah Masih Lagi Isteri Saya”

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Pengarah dan aktor sensasi, Syamsul Yusof akhirnya membuat pengakuan sudah berkahwin dengan anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi, yang dikenali sebagai Ira Kazar.

Syamsul menerusi hantaran terkini di laman Instagram (IG) mengakui bernikah dengan Ira hari ini, 6 Januari 2023.

“Terima kasih kepada semua kerana sabar menanti ‘update’ terbaru daripada saya. Terima kasih juga kerana beri perhatian terhadap isu rumah tangga saya.

“At the end of the day saya kena ‘clearkan’ semua ni, macam yang saya katakan sebelum ni suatu hari nanti saya akan meletakkan noktah terhadap isu ni, isu rumah tangga yang tak sepatutnya dikongsi di media sosial tetapi nak buat macam mana,” katanya.

Syamsul dan Ira disahkan menjadi suami dan isteri pada hari ini.

Tegas Syamsul lagi, berita kononnya dia dan Ira sudah bernikah pada awal tahun lepas adalah fitnah dan tidak benar.

@boom.malaysia Akhirnya… saat dinantikan ramai. Alhamdulillah, min tumpang gembira. Tahniah Sol & Ira! #viral #trending #fyp #foryourpage #boom#artismalaysia ♬ original sound – Boom! Malaysia

“Saya dan Ira bergelar suami pada hari ini, secara sah! Apa yang orang katakan sebelum ini, tidak mengapalah yang sudah tu sudah lah, saya terima.

“Ira pun sudah sah menjadi isteri saya, disisi syarak dan disisi tuhan. Doakan yang baik-baik sahajalah, semoga menemui jalan penyelesaian, Insya-Allah,” katanya.

Jelas Syamsul, dia dan Ira bernikah di Thailand dan berwalikan bapa Ira kerana mahu memudahkan beberapa perkara.

Dalam pengakuan tersebut, Syamsul juga memberitahu Puteri Sarah masih lagi isterinya dan berharap agar dia dapat pulang ke rumah dan berbincang tanpa perlu mengaibkan sesiapa.

Syamsul berharap isterinya, Puteri Sarah kembali bersama anaknya ke Malaysia.

“Alhamdulillah syukur saya telah bernikah secara sah dengan Ira yang berwalikan oleh ayahnya sendiri dan saya telah bernikah di Thailand.

“Ada sebab mengapa saya bernikah di sana untuk memudahkan beberapa perkara tetapi ya, ia sudah didaftarkan di negara ini.

“Sebelum apa-apa saya ingin mengatakan yang Puteri Sarah masih lagi isteri saya dan kepada Puteri Sarah saya mengharapkan pulanglah ke rumah supaya kita boleh berbincang masalah kita yang tidak perlu dihebahkan di media sosial.

Puteri Sarah bersama dua orang anaknya di Tokyo.

“Pulanglah bawa anak-anak kita dan kita berbincang tanpa perlu mengaibkan saya, saya masih suami awak. Sudah-sudahlah bawa anak-anak ke sana ke mari tanpa keizinan suami. Tak mahu cakap lebih-lebih tetapi fikir-fikirkanlah,” luahnya.

Dalam pada itu Syamsul turut memohon maaf kepada ibu, bapa dan seluruh ahli keluarganya dan berdoa agar keputusannya mendapat keredhaan Allah.

“Kepada keluarga saya, tak pernah terlintas di hati untuk membelakangkan sesiapa dan saya hanya harapkan doa daripada ibu bapa dan seluruh ahli keluarga.

“Saya berdoa agar keputusan yang dibuat ini dirahmatidan dilindungi Allah daripada fitnah dan hasad itu sahaja yang mampu saya lakukan sebagai insan.

“Yang paling penting, sah di sisi hukum syarak. Saya bukan manusia sempurna, pernah melakukan kesilapan di dalam hidup,” katanya. – BOOM!

Previous Post

“Moga Anwar Nampak Kesengsaraan Rakyat Jadi Mangsa Uji Kaji Vaksin” – Rita Rudaini

Next Post

Sah Dimadukan, Puteri Sarah Ucap Tahniah – “Dah Berbulan Nikah, Mengaku Pun!”

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Neelofa And PU Riz Respond To Criticism Over High-Priced Religious Classes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bakal Adakan Siri Jelajah Album Di Hard Rock Cafe Melaka, Amir Masdi Janji Persembahan ‘A Class’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Seperlima Harta Dr Dre Kini Milik Nicole Termasuk Pampasan Berjumlah RM417 Juta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Ada Hak Bersuara!” – Thalia Rasul Pertikai Kredibiliti Juri ATNMY

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Patutlah Ramai Jejaka Muda Meminatinya” – ‘Dibuang’ Vida, Iqbal Cuba Dekati Rossa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Antagonis Lelaki Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Akui Kesal Tonton Filem Porno Sejak Usia 11 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Breaks Down Starting 2024 World Tour Without Brother

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Is Now Ezwan Zain’s Wife

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM Apologises For Remarks Hinting At Possible BTS Disbandment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Kardashian And Kanye’s Child Claps Back At Critics Over Finger Piercing

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Makes A Comeback, Announces More Mature Musical Phase

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tragic Death Of Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • After The Success of APT, Bruno Mars Announces New Song

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Urges Public To Stop Supporting Chinese Fashion Brands

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Open To Attending Ex-Husband’s Wedding

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Breaks Down Starting 2024 World Tour Without Brother

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd