Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

PU Azman Didakwa Lagi, Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Remaja Lelaki 17 Tahun

21/12/2022
Adia Mohdby Adia Mohd
in Celebrity, Extra
PU Azman Didakwa Lagi, Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Remaja Lelaki 17 Tahun

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Pendakwah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki berusia 17 tahun.

Bagaimanapun, PU Azman atau nama penuhnya Azman Syah Alias, 41, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Norhazani Hamzah.

Mengikut pertuduhan, PU Azman melakukan kesalahan terbabit di sebuah bilik resort di Hulu Langat, pada waktu tengah hari 22 Julai lalu.

PU Azman didakwa melakukan kes amang sekali lagi.

Tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah Sesyen Ampang adalah mahkamah ketiga pendakwah selebriti itu didakwa atas kes seksual selepas dia dihadapkan di Mahkamah Sesyen Klang dan Mahkamah Sesyen Seremban masing-masing pada awal bulan ini serta Oktober lalu.

PU Azman mengaku tidak bersalah atas sembilan pertuduhan yang didakwa ke atasnya.

Di Mahkamah Sesyen Klang, PU Azman didakwa atas empat pertuduhan melakukan amang dan komunikasi seksual serta kelucahan melampau pada tiga remaja lelaki tahun ini.

Tertuduh turut didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban atas lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki pada tahun sama.

Bagaimanapun, PU Azman tidak mengaku bersalah bagi kesemua sembilan pertuduhan berkenaan di hadapan dua Hakim Mahkamah Sesyen, Datin Surita Budin dan Syafeera Mohd Said serta Majistret Amirul Asyraf Abd Rasid.

Dalam prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya, Norhashimah Hashim memohon PU Azman untuk tidak diikat jamin.

Bagaimanapun, peguam bela PU Azman, Mohamad Zahid Ahmad, berkata jaminan perlu diberikan kerana ia penting bagi tertuduh menyediakan pembelaan terbaik untuk kesnya.

Katanya, jaminan turut diberikan kepada PU Azman dalam pertuduhan kes sama di Mahkamah Klang dan Seremban sebelum ini.

Pihak pembelaan percaya tiada alasan luar biasa bahawa mahkamah dengan budi bicaranya tidak boleh membenarkan jaminan.

Peguam bela PU Azman menyatakan bahawa jaminan itu penting bagi menyediakan pembelaan terbaik untuk kesnya.

“Ia memandangkan tertuduh memberi kerjasama yang baik terhadap kes berkenaan serta mengikut prosiding dan syarat mahkamah ditetapkan sebelum ini.

“Saya dengan rendah diri mohon jaminan paling minimum diberikan selepas Mahkamah Klang membenarkan tertuduh diikat jamin RM24,000, manakala RM40,000 di Mahkamah Seremban.

“Syarat sama ditetapkan oleh mahkamah sebelum ini iaitu melaporkan diri pada minggu pertama setiap bulan di Balai Polis Rantau serta dilarang mendekati mangsa dan saksi pendakwaan, selain pasport ditahan di Mahkamah Seremban dan perkara itu diikuti Mahkamah Klang.

“Kakak tertuduh hadir dan sedia menjadi penjamin. Rayuan jaminan rendah juga kerana pendapatan tertuduh terjejas teruk untuk menanggung diri dan adik-beradik lain yang tak bekerja,” katanya.

Norhashimah berkata, jaminan tinggi perlu diberikan jika mahkamah membenarkan jaminan bagi menunjukkan tahap keseriusan pertuduhan itu.

Beberapa syarat ditetapkan kepada PU Azman sehingga kesnmya selesai.

“Kita mahu memastikan kehadiran tertuduh di mahkamah. Jaminan tinggi mengambil kira kes amang fizikal yang menarik perhatian umum.

“Mohon syarat tambahan iaitu tertuduh tidak mengganggu saksi pendakwaan,” katanya.
Hakim kemudian menetapkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

“Syarat tambahan iaitu melaporkan diri di balai polis berdekatan pada setiap satu haribulan, dilarang mendekati mangsa dan saksi pendakwaan serta pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai dibicarakan.

“Sebutan kes ditetapkan pada 10 Februari tahun depan,” katanya. – BOOM!

Sumber: BH Online

Previous Post

Gadis Biadab Bongkar | Caliph Busker Dianaiya | Saiz Aizat Mengejutkan | Pablo Minta Maaf

Next Post

[V] “Kepada Amin Idris, Urusan Kita Tidak Selesai Di Dunia Ini” – Suami Siti Afifah Beri Amaran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chazynash Slams Cheating Rumors – “I Got Close After The Divorce”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Alqal Sahar swears he was raped multiple times

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sweet Birthday Message From Karel Susanteo To Anna Jobling Steals The Spotlight

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Peserta The Masked Singer Malaysia (Musim 3) Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bintang Program Realiti, Li Ji Han Antara 150 Mangsa Korban Parti Halloween Itaewon

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dicop Sengaja Tunjuk Buntut, Janna Nick Jelaskan Hal Sebenar – “Bukan Saja Nak Tayang!”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “If You’re Javanese, Are You Considered Malay Too?” – Baby Shima

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Viners Malaysia Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mia Sara Admits Mistake Regarding Puteri Balqis Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khai Bahar Hair Compared To Broccoli, Singer Admits It Wasn’t Cheap

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chrissy Teigen Is Determined To Be Free Of Alcohol Addiction

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Willing To Become A ‘Grandmother’ For Secret Dates

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shamsul Ghau Ghau Recovering, Undergoing Physiotherapy

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sydney Sweeney Faces Legal Action For Hanging Bras On Hollywood Sign

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Alqal Sahar swears he was raped multiple times

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Safely Gives Birth To Third Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Invites Mia Sara To Confront And Resolve The Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Defends Victoria Amid ‘Nepo Baby’ Claims Involving Brooklyn Heat Up

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Defends Her Stepfather

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Conviction Upheld, Sentenced To 10 Years’ Imprisonment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Reveals Embarrassing Moment Involving Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd