Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Pernah Tak Ambil Peduli, Fahrin Ahmad Dan Bell Ngasri Baru Sedar Kepentingan E-Waste

20/10/2022
Syarrizuan Rashidby Syarrizuan Rashid
in Celebrity, Extra
Pernah Tak Ambil Peduli, Fahrin Ahmad Dan Bell Ngasri Baru Sedar Kepentingan E-Waste

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Jabatan Alam Sekitar (JAS) melahirkan rasa gembira dengan penglibatan golongan selebriti dalam membantu kempen kesedaran e-waste yang memfokus kepentingan pengumpulan buangan peralatan elektrik dan elektronik dalam kalangan penduduk di negara ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAS, Kementerian Alam Sekitar dan Air, Dr Norhazni Mat Sari berkata, penglibatan golongan berkenaan sejak setahun lalu secara langsung membantu menyampaikan maklumat berkaitan e-waste kepada khalayak menerusi platform media sosial jabatan dan juga selebriti terbabit.

“Kita gembira dan melihat satu perkembangan baik dengan penglibatan para selebriti dalam membantu kempen ini kepada masyarakat awam.

“Sebenarnya sejak tahun lalu kita sudah mula membabitkan golongan selebriti dalam kempen kita. Alhamdulillah ia memberikan satu kesan yang baik,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Karnival Jom E-Waste baru-baru ini sempena Hari E-Waste Antarabangsa yang disambut pada 14 Oktober setiap tahun.

Beliau berkata Fahrin Ahmad dan Bell Ngasri sebagai contoh, memberikan komitmen yang baik sejak terbabit secara langsung pada tahun lalu dalam beberapa siri kempen dan program mengenai e-waste.

Katanya, pihaknya membuka peluang kepada semua selebriti yang berminat tanpa menetapkan sebarang kriteria asalkan sudi membantu menyebarkan kesedaran mengenai usaha kempen e-waste kepada rakyat Malaysia.

Tambahnya, meskipun kesedaran masih di tahap rendah sejak kempen ini bermula pada 2014, namun saban tahun sentiasa memperlihatkan kadar peningkatan terhadap pengumpulan e-waste iaitu sekitar 100 tan metrik pada peringkat awal meningkat kepada 2,650 tan metrik pada 2021.

“Bagi tahun ini, sehingga September sebanyak 2,141 tan metrik e-waste berjaya dikumpulkan di seluruh negara. Jumah itu ialah dari 200 pusat pengumpulan yang diperkenalkan di serata negeri,” katanya.

Sementara itu, Fahrin ketika ditemui mengakui tidak begitu ambil peduli mengenai e-waste sebelum dirinya terbabit dengan kempen berkenaan, malah menganggap ia sebagai bahan buangan biasa.

“Sebenarnya banyak yang saya pelajari mengenai e-waste ini. Barangan elektronik dan elektrik seperti telefon bimbit serta televisyen yang rosak jangan dibuang sesuka hati kerana akan meninggalkan kesan tidak baik kepada alam sekitar.

“Malah saya juga dapat banyak DM daripada rakan selebriti dan peminat yang bertanya mengenai perkara ini selepas terbabit dengan kempen e-waste.

“Bagi saya setiap daripada kita boleh memainkan peranan masing-masing dalam memastikan kempen ini berjaya demi kebaikan bersama seperti di Jepun misalnya yang berjaya menghasilkan pingat Olimpik dari bahan buangan produk e-waste,” katanya. – BOOM!

Previous Post

Batuk Kahak Tak Henti-henti, Doktor Sahkan Paru-paru Ezzaty Abdullah Dipenuhi Lendir

Next Post

“Padam Dan Minta Maaf!” – Yana Samsudin Bengang Nama Dan Gambarnya Disalah Guna

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mexican TV Station Insults BTS, ARMY Defends Themselves

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Suddenly Loses Interest, Sparks Fans Concern

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Seth Meyers Mocks Trump Over ‘Skipping’ The Super Bowl

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Hadid Boyfriend Arrested For Public Intoxication

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Many Messages Asking To Be My Wife.” – Faizal Hussein

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Jangan Buang Anak, Serah Kepada Saya” – Iesya Toh Jadi Talian Tol Bantu Mangsa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Australian Activist Raises Funds To ‘Move Into’ Billie Eilish Home

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “No Need To Be So Disappointed…” – Video With Zarina Anjoulie Sparks Talk, Daddy Ash Speaks Out

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Restricted By Fashion Brand Following Tax Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mexican TV Station Insults BTS, ARMY Defends Themselves

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Australian Activist Raises Funds To ‘Move Into’ Billie Eilish Home

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Criticised For ‘Using’ Bruno Mars Name

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Disappearance Of Savannah Guthrie Mother Raises Concern, Pacemaker Stopped Early Morning

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Chooses Gold Over Cash

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Clarifies Viral Video Of Bilal Is An Old Recording

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Suffers Rib Fracture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Safely Gives Birth To Third Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Invites Mia Sara To Confront And Resolve The Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Defends Victoria Amid ‘Nepo Baby’ Claims Involving Brooklyn Heat Up

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Defends Her Stepfather

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Conviction Upheld, Sentenced To 10 Years’ Imprisonment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Reveals Embarrassing Moment Involving Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd