Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Nenek Maut Dibunuh, Farhan Asri Minta Bantuan Ramai Jejaki Suspek – “Tolong Hubungi Saya!”

06/10/2022
Enal Akimby Enal Akim
in Celebrity, Extra
Nenek Maut Dibunuh, Farhan Asri Minta Bantuan Ramai Jejaki Suspek – “Tolong Hubungi Saya!”

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Pada 23 September lalu, berita tentang seorang warga emas berusia 70-an yang maut dipercayai dibunuh di Taman Paroi Jaya telah dikongsikan di laporan media.

Difahamkan, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas sofa ruang tamu rumahnya dengan kesan kecederaan di anggota badan serta beberapa barangan peribadi juga tiada.

Rupa-rupanya, mangsa yang meninggal dunia itu adalah nenek kepada pelakon muda, Farhan Asri apabila dia berkongsi gambar suspek di media sosialnya bagi meminta bantuan sesiapa yang dapat mengesan individu tersebut.

Menerusi muat naik di Instagram, Farhan memohon orang ramai supaya dapat memanjangkan perkara ini sehingga suspek dapat ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh neneknya, Datin Noraida Nordin.

Menerusi laporan media, Farhan atau nama sebenarnya, Muhamad Farhan Mohd Asri, 25 memaklumkan yang ketika ini suspek masih lagi belum dapat diberkas.

Dia dan keluarga akui masih lagi trauma dengan kejadian tersebut memandangkan kehilangan insan tersayang secara tiba-tiba dalam insiden yang sangat mengejutkan.

“Sehingga kini suspek yang mempunyai pertalian keluarga masih belum dapat ditangkap.

“Tetapi kami belum berputus harap untuk menuntut keadilan kematian nenek apatah lagi saya melihat sendiri keadaannya selepas kejadian hitam itu berlaku,” katanya.

Bercerita tentang insiden tersebut, pelakon drama Cukup Derita Itu mengatakan bahawa mereka sekeluarga menyedari ada sesuatu yang tidak baik berlaku kepada nenek selepas gagal menghubungi warga emas berkenaan pada hari kejadian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Farhan Asri (@farhanasrii)


Menurut Farhan lagi, kebiasaannya mereka akan menelefon atau pergi ke rumah neneknya setiap hari untuk bertanya keadaan namun pada hari tersebut mereka tidak ke sana.

“Selepas Asar kami ada telefon nenek tetapi tidak berjawab. Kami mengandaikan sesuatu berlaku sama ada nenek jatuh bilik air atau tangga

“Apatah lagi datuk juga tidak berapa sihat kerana mengalami masalah katarak tetapi masih boleh mendengar dengan baik dan peka terhadap keadaan sekeliling,” katanya.

Jelasnya, sekitar jam 7 petang, datuknya, Datuk Madzlan Ahmad, 82, berasa tidak sedap hati apabila isterinya tidak masuk ke dalam bilik untuk menunaikan solat Maghrib dan tiada sebarang sahutan ketika dipanggil.

“Datuk memanggil nenek beberapa kali tetapi tidak disahut. Atuk keluar dari bilik dan menjerit meminta tolong daripada jiran. “Ketika jiran masuk ke rumah, mereka menemui nenek sudah terbaring di atas sofa,” jelasnya

Dalam pada itu, pelakon berkenaan juga ada menyatakan bahawa suspek memang pernah beberapa kali datang ke rumah untuk meminjam wang, namun arwah tidak dapat memberikannya dalam jumlah yang banyak kerana bercadang mahu membuat kenduri.

“Sebelum kejadian pembunuhan berlaku, ada beberapa kali suspek datang ke rumah untuk meminjam duit.

“Kali kedua dia datang datuk hanya memberi sedikit wang. Terakhir, memang dia datang membawa makanan dan ketika itulah nenek saya telah mati dibunuh,” jelasnya.

Sumber: mStar

Previous Post

“Takkan Nak Tunjuk Semua Dokumen Dan Watikah?” – Fouziah Gous Pertahan Status ‘Datuk’ Suami

Next Post

Dituduh Hadap Kemasyhuran Dan Populariti Hasnol, Bekas Isteri Balas – “Itu Satu Fitnah Besar!”

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Maya Karin Almost Drowns, Cast Safety And Welfare Prioritized

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Qi Razali, Wife Expecting First Child In January

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • George Clooney Vows To Stop Kissing Women On Set

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Trial In Naim Daniel Sexual Assault Case Postponed To Next Year

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rob Reiner’s Son Arrested For Allegedly Killing His Parents

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cardi B’s Actions And Image Draw Attention From Saudi Netizens

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hazwani Helmi Addresses IPhone Boycott Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Thunder Storm Rugby 10s Strengthens Its Role In Developing Future National Talent

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Amy Schumer Announces Divorce After 7 Years

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Taeyong Becomes First NCT Member To Complete Mandatory Military Service

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Is Now Ezwan Zain’s Wife

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Breaks Down Starting 2024 World Tour Without Brother

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM Apologises For Remarks Hinting At Possible BTS Disbandment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Kardashian And Kanye’s Child Claps Back At Critics Over Finger Piercing

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Almost Drowns, Cast Safety And Welfare Prioritized

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tragic Death Of Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cardi B’s Actions And Image Draw Attention From Saudi Netizens

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Urges Public To Stop Supporting Chinese Fashion Brands

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Is Now Ezwan Zain’s Wife

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Breaks Down Starting 2024 World Tour Without Brother

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd