Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Ramai Sangsi Dengan Kemewahan Hairul Azreen – “Saya Bukan Berlakon Sahaja!”

30/08/2022
Abang Deeby Abang Dee
in Celebrity, Extra
Ramai Sangsi Dengan Kemewahan Hairul Azreen – “Saya Bukan Berlakon Sahaja!”

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Pasangan selebriti, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha mencuri perhatian ramai menerusi video percutian mereka sekeluarga ke New Zealand baru-baru ini.

Percutian mewah itu lantas menjadi buah mulut warganet, apatah lagi selepas Hairul dan Hanis memuat naik video mereka menaiki helikopter sebelum mendarat di sebuah kawasan pergunungan bersalji.

Kata Hairul, percutian selama 10 hari itu adalah hadiah buat keluarga serta dirinya yang kepenatan mencari rezeki.

Percutian keluarga Hairul

 

“Saya sibuk bekerja dan bila ada masa, saya akan bawa keluarga bercuti. Itu saja tujuan hidup saya sekarang. Jadi saya cari duit dan kemudiannya gembirakan keluarga saya.

“Sebenarnya sebelum itu saya menjalankan penggambaran filem Bakara di Turki. Selepas tiga atau empat hari balik, saya dan Hanis merancang, lalu kami putuskan untuk ke sana,” ujarnya.

Tambah bintang filem Paskal itu, sejak dulu lagi dia akan meluangkan hari cuti dengan melakukan perkara yang menggembirakan hatinya dan sekarang dia melakukan bersama keluarga.

“Dari dulu lagi saya mempunyai prinsip begitu, sejak saya bekerja cat jalan lagi. Ketika itu, bila hari cuti saja, saya pergi mandi air terjun.

“Ia sebenarnya bergantung kepada diri kita, contohnya kalau gaji kita RM1,500 sebulan, kadang-kadang kita rasa kita tak mampu nak beli sesuatu dan saya pernah merasai hidup sebegitu.

“Jadi saya hanya pergi mandi air terjun, sebab tak memerlukan perbelanjaan yang tinggi.

“Sebab nanti kita akan tertekan, kita kerja kuat untuk apa? Bagi yang belum berkahwin, pastinya cari duit untuk berkahwin, kemudian cari duit untuk beli rumah, dan bila sudah ada keluarga, rumah dan kereta, apa pula? Sudah tentu untuk bergembira dengan keluarga,” katanya.

Menjawab pertikaian umum yang sangsi mengenai kemewahan dimilikinya, Hairul berkata, di samping berlakon, dia juga membuat pekerjaan lain, namun hanya mahu membiarkan orang ramai mengetahui dirinya sebagai pelakon.

“Biarlah orang tahu saya berlakon sahaja. Saya juga ada melakukan kerja lain, tapi tak perlulah saya bercerita. Seperti hari ini saya hadir ke Manic Studio sebagai duta untuk studio ini dan pada masa sama mengajak orang ramai untuk bersukan,” katanya.

Hairul dilantik sebagai duta Manic Studio dalam majlis Neon Party yang diadakan baru-baru ini.

Hairul ditemui di majlis Neon Party bersempena dengan pembukaan dan pengenalannya sebagai duta Manic Studio, di Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Ahad lalu.

Terdahulu, Hairul juga sering mencuri perhatian netizen menerusi percutian mewahnya di beberapa buah lokasi luar negara antaranya Maldives, London dan Australia, termasuk menaiki jet peribadi bersama jutawan terkenal, Tan Sri Vincent Tan.

Hairul Azreen di neon party

Dalam perkembangan lain, Hairul akan tampil dengan filem arahannnya, Ada Hantu 2.

Filem lakonan Zahiril Adzim itu bakal ditayangkan di pawagam tempatan mulai 15 September depan. – BOOM!

Previous Post

“Tak Sanggup Hadap Remaja Perempuan” – Raja Ilya Harap Anak Gadis Membesar Dengan Baik

Next Post

“Bayar Duit Aku Dulu Baru Nikah!” – Netizen Minta Shahir Zawawi Langsaikan Hutang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mexican TV Station Insults BTS, ARMY Defends Themselves

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Suddenly Loses Interest, Sparks Fans Concern

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Hadid Boyfriend Arrested For Public Intoxication

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Seth Meyers Mocks Trump Over ‘Skipping’ The Super Bowl

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Many Messages Asking To Be My Wife.” – Faizal Hussein

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Suffers Rib Fracture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Agency Responds To Alleged Tax Evasion Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Jangan Buang Anak, Serah Kepada Saya” – Iesya Toh Jadi Talian Tol Bantu Mangsa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Restricted By Fashion Brand Following Tax Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mexican TV Station Insults BTS, ARMY Defends Themselves

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Australian Activist Raises Funds To ‘Move Into’ Billie Eilish Home

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Disappearance Of Savannah Guthrie Mother Raises Concern, Pacemaker Stopped Early Morning

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Criticised For ‘Using’ Bruno Mars Name

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Chooses Gold Over Cash

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Clarifies Viral Video Of Bilal Is An Old Recording

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Suffers Rib Fracture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Safely Gives Birth To Third Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Invites Mia Sara To Confront And Resolve The Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Defends Victoria Amid ‘Nepo Baby’ Claims Involving Brooklyn Heat Up

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Defends Her Stepfather

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Conviction Upheld, Sentenced To 10 Years’ Imprisonment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Reveals Embarrassing Moment Involving Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd